suria

Hasan Malek Tidak Letak Jawatan Menteri

Hasan Malek.
Hasan Malek.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Hasan Malek tidak meletakkan jawatan sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Penafian itu dilakukan oleh Pejabat Menteri tersebut dalam satu kenyataan dua perenggan yang dikeluarkan kepada Bernama di sini, Jumaat.

"Pejabat Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menafikan komen yang dibuat dalam blog dan Facebook kononnya YB. Dato' Sri Hasan Bin Malek akan meletakkan jawatan.

"Perkara itu (perletakan jawatan) adalah tidak benar sama sekali," demikian menurut kenyataan itu.

Khabar angin tentang perletakan jawatan membabitkan Hasan tersebar sejak semalam di beberapa laman sosial. - BERNAMA

Artikel Lain