suria

Pekedai Mengaku Tidak Bersalah Rogol Anak Perempuan Rakan

SHAH ALAM: Seorang pekedai mengaku tidak bersalah atas dakwaan merogol anak perempuan rakannya yang berumur 13 tahun.

A. Vythilingam, 30 didakwa melakukan perbuatan itu pada 23, 26 dan 29 November tahun lepas di sebuah kedai di Jalan Bukit Naga, Batu 5 di Klang.

Dia didakwa pada Rabu di kamar mahkamah di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Kesalahan itu membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Timbalan pendakwa raya Asma Nadiah Abd Rahmah membantah permohonan ikat jamin.

Bagaimanapun, hakim Sabariah Atah membenarkan ikat jamin RM15,000.

Tertuduh tidak diwakili dan memohon supaya mengurangkan jumlah ikat jamin.

Mahkamah menetapkan ikat jamin RM8,000 dan tarikh sebutan kes pada 10 Februari depan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain