suria

Tiada Hard Rock Cafe Di Putrajaya

KUALA LUMPUR: Hard Rock International menjelaskan ia tidak ada niat untuk membuka cawangan baharu di Malaysia ataupun mengeluarkan apa-apa kenyataan berkenaan itu, selain daripada yang telah diumumkan sebelum ini.

"Hard Rock International mempunyai prosedur operasi yang ketat untuk mengenal pasti dan mengkaji satu-satu pasaran sebelum membuka cawangan baharu, mengambil kira budaya tempatan dan permintaan pasaran.

"Pengumuman pembukaan cawangan baharu akan datang daripada Hard Rock International dan bukan daripada mana-mana pihak ketiga," katanya dalam satu kenyataan yang diterbitkan pada Isnin.

Sebelum ini, dilaporkan Hard Rock International dijangka membuka satu cawangan Hard Rock Cafe di Putrajaya tahun ini. - BERNAMA

Artikel Lain