suria

Tebing Jalan Mahameru Runtuh

Insiden tanah runtuh di Jalan Mahameru menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk, petang Selasa.
Insiden tanah runtuh di Jalan Mahameru menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk, petang Selasa.

KUALA LUMPUR: Ribuan pengguna jalan raya terperangkap dalam kesesakan ekoran tanah runtuh di Jalan Mahameru di sini, Selasa.

Kejadian berlaku di kawasan berdekatan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) menghala ke Parlimen termasuk jalan Istana lama.

Pegawai Kanan II Jabatan Bomba dan Penyelamat Sentul, Haji Othman berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 5.30 petang Selasa.

"Satu lorong jalan tertimbus tetapi tiada pengguna yang cedera.

"Seramai 13 anggota kami sedang berusaha untuk membersihkan laluan di kawasan itu dan ia memakan sedikit masa," katanya.

Artikel Lain