suria

Mukhriz Nafi Kerajaan Kedah Beli Mercedes Benz Untuk Kereta Rasmi

Mukhriz Mahathir.
Mukhriz Mahathir.

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir menafikan khabar angin bahawa kerajaan negeri membeli sebuah kereta Mercedes Benz S300L, model yang sama dibeli oleh Kerajaan Pulau Pinang untuk Ketua Menteri Lim Guan Eng, bagi kegunaannya.

Mukhriz berkata, beliau menggunakan kereta Mercedes S350 yang dibeli semasa pentadbiran di bawah Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak sebagai kenderaan rasminya sebagai Menteri Besar.

Menurut Mukhriz, beliau memiliki sebuah Mercedes Benz S300L yang digunakannya untuk majlis-majlis rasmi apabila berada di Kuala Lumpur.

Kereta berkenaan, yang dibeli dua tahun lalu dimilikinya sendiri dan disimpan di rumahnya di Kuala Lumpur.

Gambar sebuah kereta Mercedes Benz S300L disebarkan secara meluas di media sosial dengan mendakwa bahawa ia dibeli menggunakan wang kerajaan negeri.

Artikel Lain