suria

Dua Lelaki Ditahan Menyamar Polis Samun Warga Bangladesh

MELAKA: Polis menahan dua lelaki tempatan yang menyamar sebagai anggota polis dan menyamun warga asing di sebuah rumah di Taman Ayer Keroh Height malam Ahad.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Salehhudin Abd Rahman berkata kedua-duanya yang berusia 38 dan 34 tahun pergi ke rumah tersebut yang di didiami 22 lelaki Bangladesh kira-kira 10.30 malam atas alasan mahu melakukan siasatan.

Beliau berkata mereka kemudiannya merampas dokumen pengenalan diri, telefon bimbit dan dompet para pekerja kilang berkenaan.

"Salah seorang suspek turut memukul beberapa orang mangsa sebelum berlaku pergelutan antara mereka," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Salehhudin berkata para warga Bangladesh itu kemudiannya berjaya menahan kedua-dua suspek dan memperoleh semula barangan mereka yang disamun itu.

Beliau berkata salah seorang suspek mempunyai rekod jenayah lampau iaitu mencuri. - BERNAMA

Artikel Lain