suria

Kalimah Allah: Paderi Lawrence Akan Turut Dipanggil Beri Keterangan

SHAH ALAM: Polis memanggil seorang Pengarang The Herald bagi merakam keterangannya bagi menjalankan siasatan mereka berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan menjelaskan bahawa pengarang yang dipanggil itu bukan Paderi Lawrence Andrew yang juga merupakan pengarang naskah mingguan Katolik itu.

Bagaimanapun beliau berkata, polis akan memanggil Paderi Lawrence bagi merakam keterangannya tidak lama lagi.

"Kami telah mengambil keterangan daripada 10 orang setakat ini, termasuk seorang pengarang dari The Herald. Langkah seterusnya adalah untuk mendapatkan Paderi Lawrence untuk memberi keterangan," katanya di Ibu Pejabat Polis Shah Alam pada Jumaat.

Beliau berkata, polis Selangor menerima 86 laporan polis mengenai isu berkenaan dan berharap untuk melengkapkan siasatan pada minggu depan.

Paderi Lawrence dipetik oleh sebuah portal berita pada Jumaat lepas sebagai berkata bahawa gereja-gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguan mereka.

Kenyataan beliau menyebabkan pertikaian di kalangan pertubuhan Islam.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain