suria

Enam Tahanan Akhir ISA Bebas Esok

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membebaskan enam tahanan terakhir Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kem Tahanan Taiping, Perak pada Ahad.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kesemua tahanan itu merupakan mereka yang terdiri daripada anggota kumpulan pengganas Darul Islamiah (DI) Sabah yang ditangkap pada 14 November 2011.

"Mereka dikenakan perintah tahanan selama dua tahun. Mereka terdiri daripada tiga rakyat Malaysia, dua rakyat Indonesia dan seorang rakyat Filipina," katanya pada Sabtu.

Tiga rakyat Malaysia tersebut ialah Adzmi Pindatun, Mohd Nazri Dollah dan Bakar Baba.

Sementara itu dua warga negara Indonesia yang akan dibebaskan ialah Muhammad Adnan Umar dan Darto Bandu, manakala warganegara Filipina ialah Muadz Hakim.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain