KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat mempelawa warga kota supaya menyertai kempen 'Green Car Free Morning' yang akan berlangsung Ahad ini."Kepada warga kota, sertailah kempen Green Car Free Morning yang akan diadakan buat julung kalinya di Kuala Lumpur," kata Najib dalam Tweet terbaharu beliau. Kempen anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur itu juga merupakan inisiatif untuk mengurangkan pencemaran alam di samping meningkatkan kesedaran masyarakat.Pada masa sama membolehkan orang ramai melakukan aktiviti santai seperti berbasikal dan berjalan kaki sambil menikmati keindahan bandaraya Kuala Lumpur. - BERNAMA