suria

Lelaki Alami Tekanan Perasaan Maut Tong Gas Meletup

Lee maut akibat melecur seluruh badan selepas meletupkan dirinya bersama dengan tong gas di dapur rumahnya.-fotoBERNAMA

GEORGE TOWN: Seorang lelaki berusia 44 tahun terbunuh dalam insiden tong gas meletup di kediamannya di Bandar Baru, Air Hitam, di sini, petang Jumaat.

Bekas pekerja di sebuah pusat hiburan yang dikenal pasti sebagai Lee Hooi Hai, dipercayai menghidupkan dapur gas selama beberapa minit sebelum menyalakan pemetik api, menyebabkan letupan berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Letupan tersebut menyebabkan tingkap di unit kediamannya di tingkat 16, berkecai.

Menurut bapa mangsa ketika ditemui di tempat kejadian, Lee mengalami tekanan perasaan sejak dua tahun lalu sebelum berhenti kerja.

"Dia bergantung kepada ubat-ubatan dan pernah berkata ingin membunuh diri," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain