suria

Lebih 100 Saman Dikeluarkan Dalam Ops Khas Motosikal Di Keluarkan Di Terengganu

KUALA TERENGGANU: Lebih 100 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dengan sebahagian besar membabitkan lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh dalam Ops Khas Motosikal dan Tahun Baharu pada Selasa malam.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, Abdul Rahman Emang Anyie berkata dalam operasi lima jam bermula 8 malam itu, JPJ memeriksa 700 kenderaan dengan 181 dikenakan tindakan.

Dalam operasi itu, seorang wanita berumur 40 tahun didapati memandu kenderaan dengan cukai jalan yang sudah tamat tempoh manakala dua remaja berusia 14 dan 15 tahun dikesan menunggang motosikal tanpa lesen, katanya kepada pemberita.

Katanya tindakan wanita itu bukan sahaja membahayakan malah bakal berdepan risiko lebih besar jika terlibat dalam kemalangan mahupun ditahan pihak berkuasa.

"Selain kenderaan mereka berkemungkinan disita pemilik kenderaan yang tidak memperbaharui cukai jalan dan insurans juga bakal berhadapan dengan masalah lebih besar sekiranya kenderaan mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya," katanya.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain