suria

Kerajaan Kedah Akan Laksana Tuisyen Rakyat Dalam Talian

MERBOK: Kerajaan Kedah akan melaksanakan Tuisyen Rakyat 1Malaysia (i-TR1M) dalam talian pada tahun 2014 dalam usaha membantu pelajar meningkatkan penguasaan akademik dan cemerlang dalam peperiksaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Negeri, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata, i-TR1M adalah tuisyen secara interaktif iaitu ibu bapa juga boleh mengambil bahagian untuk membantu pembelajaran anak-anak.

Katanya, beberapa projek perintis program itu yang dilaksanakan oleh Jabatan Pendidikan Kedah dengan menggunakan kos untuk diakses menunjukkan perkembangan positif.

"i-TR1M yang akan dilancarkan ke seluruh negeri dalam masa terdekat juga membolehkan ibu bapa memeriksa latihan yang dibuat oleh anak-anak mereka," kata Tajul Urus selepas menyampaikan sumbangan baju dan kasut sekolah kepada 2,000 pelajar dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Dawai dan Dun Bukit Selambau di sini, Selasa.

Beliau berharap golongan pelajar mengambil manfaat program i-TR1M bagi mencapai prestasi cemerlang. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain