suria

Isu Permit The Heat: KDN Pandang Serius Tindakan Burukkan Kerajaan

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) memandang berat tindakan dan cubaan pihak tertentu yang secara berterusan memburukkan kerajaan susulan penggantungan permit penerbitan akhbar mingguan The Heat.

Menurut kenyataan KDN, penggantungan itu bersifat sementara selaras prosedur penguatkuasaan permit penerbitan yang ditetapkan mengikut Akta Mesin Cetak dan penerbitan (AMCP) 1984 (Pindaan 2012).

Kementerian itu menyatakan pada masa ini, jawapan bagi surat tunjuk sebab yang dikemukakan penerbit The Heat sedang diteliti dan diberi pertimbangan sewajarnya.

KDN menggantung permit penerbitan akhbar mingguan itu pada 19 Disember lepas dan tindakan berkenaan diprotes pelbagai pihak, yang antara lain, menyifatkannya sebagai melanggar Artikel 19 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) 1948. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain