suria

Skuad Pengguna Sabah Gesa Peniaga Jangan Naik Harga Alat Tulis Dan Buku

KOTA KINABALU: Golongan peniaga alat tulis dan buku di Sabah yang bersepakat menaikkan harga barang keperluan itu akan berdepan tindakan tegas mengikut Akta Persaingan 2010.

Akta itu memperuntukkan hukuman denda, penutupan premis perniagaan selain barangan jualan dirampas jika disabitkan kesalahan.

Menegaskan demikian, Pengerusi Skuad Pengguna Sabah Datuk Amisah Yassin berkata para peniaga tidak harus sewenang-wenang menaikkan harga alat tulis dan buku kerana membebankan rakyat terutama ibu bapa apabila barang keperluanm persekolahan dinaikkan.

"Saya minta peniaga alat tulis supaya jangan ambil kesempatan menaikkan harga sesuka hati mereka. Kalau benar berlaku, kita minta pihak berkuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan ahli-ahli Skuad Pengguna seluruh Sabah turun padang," katanya menerusi satu kenyataan pada Sabtu.

Amisah berkata golongan peniaga sepatutnya bertimbang rasa dan turut sama membantu kerajaan dalam menangani isu itu.

Dalam pada itu, Amisah berkata setakat ini, pihaknya tidak menerima sebarang aduan berhubung kenaikan harga barangan secara tidak munasabah.-BERNAMA

Artikel Lain