suria

Polis Soal Siasat Rafizi Berhubung Dakwaan Emel 'Bahan Letupan'

Rafizi Ramli.
Rafizi Ramli.
Rafizi Ramli.

KUALA LUMPUR: Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dibawa ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi di sini untuk disoal siasat berhubung dakwaan emel yang membincangkan mengenai penempatan bahan letupan di lima kawasan utama di ibu negara selepas perhimpunan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) pada ambang tahun baru.

Ketika dihubungi The Star, Rafizi berkata, emel itu secara jelas sengaja diada-adakan dan menggesa pihak polis untuk membuat siasatan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah di laman sosial Facebook rasmi PDRM berkata, polis memandang serius terhadap emel itu dan meminta supaya Ahli Parlimen itu disoal siasat.

"Orang ramai dinasihatkan untuk menghormati keamanan dan keselamatan di negara ini ketika meraikan Tahun Baru.

"Setakat ini, terdapat 1,151 laporan polis yang telah dibuat di seluruh negara sebagai bantahan terhadap perhimpunan yang sedang disebarkan dalam talian, yang akan mengancam keselamatan orang ramai," kata Hadi dalam satu kenyataan.

Emel itu didakwa ditulis oleh rakan karib Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Abdul Rahim Ghouse, yang bertajuk C For Chaos (C Untuk Huru-Hara).

Dalam emel berkenaan, penulis itu didakwa kerana mendakwa bahan letupan kecil akan diletakkan di persimpangan lampu isyarat di hadapan Sogo dan Puduraya, bulatan Masjid Negara dan KTM, stesen LRT Masjid Jamek dan stesen Komuter Bank Negara.

Emel itu kemudiannya satu 'pasukan sosial media' akan merekodkan huru-hara yang akan berlaku pada ambang tahun baru dan akan menyebarkannya secara dalam talian, lalu menyalahkan pihak Barisan Nasional (BN).

Ketika dihubungi The Star, Rafizi berkata, emel itu secara jelas adalah rekaan dan menegaskan bahawa imej emel itu kelihatan seperti suatu dokumen Microsoft Word yang ringkas dan alamat emel beliau adalah salah.

"Saya tidak terkejut bahawa blogger-bloger pro-Umno dan beberapa media mengedarkan tentang perkara ini, tetapi saya terkejut kepada polis yang sepatutnya menyiasat orang-orang yang menyebarkan pembohongan sehingga mengancam keselamatan awam, sebaliknya memanggil saya untuk disoal siasat," kata Rafizi.

Penganjur perhimpunan yang dijangka akan diadakan pada ambang tahun baru itu, yang dianggap sebagai himpunan menyalahi undang-undang berkata, mereka menjangkakan 10,000 orang untuk berkumpul di Dataran Merdeka pada malam 31 Disember untuk membantah kenaikan harga baru-baru ini.

Mereka menafikan tuduhan bahawa protes mereka mempunyai kaitan dengan perhimpunan "Guling Kerajaan" yang mencetuskan kontroversi, yang disebarkan sebagai khabar angin secara meluas dalam talian.

Artikel Lain