suria

Mayat Warga Asing Ditemui Dalam Longkang

KULIM: Mayat seorang lelaki dipercayai warga asing, ditemui di dalam sebuah longkang di Ladang Victoria, Padang Serai dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superitendan Ghuzlan Saleh berkata, mangsa yang belum dikenal pasti identitinya dan dianggar berusia dalam 40-an itu dipercayai telah meninggal dunia dua hari lepas.

Mayatnya ditemui oleh pekerja di ladang itu pada pukul 4.30 petang tadi yang kemudian memaklumkan kepada polis, katanya kepada Bernama.

Menurut Ghuzlan, siasatan awal polis tidak menemukan sebarang kecederaan pada badan mangsa yang berkain pelekat dan bersinglet.

Mayat dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat. - BERNAMA

Artikel Lain