Kastam Hampir Capai Sasaran Kutipan RM33 Bilion - Ketua Pengarah - Semasa | mStar

Kastam Hampir Capai Sasaran Kutipan RM33 Bilion - Ketua Pengarah

Khazali Ahmad.
Khazali Ahmad.

ROMPIN: Jabatan Kastam Diraja Malaysia mencatatkan prestasi kutipan hasil memberangsangkan tahun ini dengan RM32.39 bilion dipungut setakat 24 Disember lepas, meningkat 3.18 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, angka itu menghampiri sasaran jabatan untuk tahun ini iaitu sebanyak RM33 bilion.

"Penyumbang terbesar hasil negara ialah yang pertama sektor kenderaan, kedua rokok dan ketiga minuman keras selain hasil pungutan cukai perkhidmatan.

"Fasilitasi kepada industri automotif dalam negara seperti di Pahang iaitu di Pekan juga telah meningkatkan industri pengeluaran kenderaan di samping pungutan hasil yang positif," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pejabat Kastam Kuala Rompin, di sini Khamis.

Pejabat yang dinaik taraf dengan kos RM270,000 di bawah Projek Rangsangan Ekonomi itu siap dan beroperasi sepenuhnya sejak 1 Januari 2010.

Mengenai pejabat itu, beliau berkata selain menjadi stesen penguatkuasaan, pejabat berkenaan juga menyediakan perkhidmatan perkastaman bagi merancakkan pembangunan Pulau Tioman sebagai pulau bebas cukai dan destinasi pelancongan.

Mengulas isu lain, Khazali menegaskan jabatan itu tidak akan melindungi mana-mana pihak yang terbabit dalam aktiviti penyeludupan dan akan mengambil tindakan terhadap mereka termasuk warganya sendiri yang menjadi 'duri dalam daging'. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain