suria

Pembangunan Luar Bandar Terus Jadi Misi Kerajaan - PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pembangunan luar bandar akan terus menjadi misi kerajaan dalam usaha menambah baik taraf kehidupan masyarakat.

Beliau menjadikan pembinaan jalan raya sejauh 100 kilometer menghubungkan daerah Kanowit, Song dan Kapit di Sarawak sebagai contoh.

"Pembinaan jalan raya bernilai RM722 juta itu dapat menaik taraf sistem perhubungan di Sarawak," katanya dalam catatan di laman Facebooknya berhubung projek yang telah 20 peratus siap itu.

Najib berkata, ia sekali gus akan membantu merancakkan aktiviti ekonomi masyarakat setempat. - BERNAMA

Artikel Lain