suria

Bayi Maut Jatuh Bangunan Terlepas Dukungan Bapanya

KUANTAN: Seorang bayi lelaki maut setelah terlepas daripada dukungan bapanya dari tingkat empat perumahan polis Bukit Pelindung di sini, Selasa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Abdul Aziz Ahmad berkata dalam kejadian 6.30 petang itu, bayi berusia tujuh bulan Mohd Danial Mikhail Mohd Abdul Hadi dikatakan terlepas daripada dukungan bapanya yang ketika itu turut memegang bungkusan sampah.

Bayi malang itu dikejar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan namun dia disahkan meninggal dunia, katanya kepada Bernama.

Difahamkan mangsa merupakan cucu kepada seorang anggota polis yang menetap di kuarters berkenaan.

Abdul Aziz berkata polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes itu. - BERNAMA

Artikel Lain