suria

PM Tiba Di P.Pinang Hadiri Rumah Terbuka Krismas

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri Rumah Terbuka Malaysia Hari Krismas 2013 di Padang Kota Lama di George Town, Rabu. Majlis berkenaan dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. -fotoBERNAMA

GEORGE TOWN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di sini pada Rabu untuk menghadiri sambutan Majlis Rumah Terbuka Krismas 2013 di Padang Kota Lama, di sini.

Ketibaan beliau disambut Setiausaha Perhubungan Umno negeri Datuk Musa Sheikh Fadzir, Anggota Parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya dan pemimpin Barisan Nasional negeri.

Najib akan merasmikan majlis rumah terbuka itu yang turut dihadiri Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Antara aktiviti yang memeriahkan majlis itu adalah persembahan kebudayaan dan hiburan oleh artis tanah air, pameran kraf warisan, pameran Tahun Melawat Malaysia 2014, demonstrasi hiasan pokok Krismas, pembuatan kad ucapan dan biskut halia.

Lebih 20,000 pengunjung dijangka menghadiri majlis sambutan Krismas yang pertama kali diadakan di negeri ini. - BERNAMA

Artikel Lain