suria

'Saya Tak Takut Hantu, Tapi Manusia Lebih Jahat' - Tun Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tun Dr Mahathir Mohamad.

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini, sering memfokuskan soal politik dan isu semasa dalam penulisan beliau di blognya, chedet.cc.

Namun, dalam entri terbaharunya pada Isnin, beliau bercerita mengenai hantu.

Dr Mahathir melalui entri itu berkata, beliau tidak percaya dan tidak takut kepada makhluk halus tetapi menyifatkan kejahatan manusia lebih dahsyat.

"Saya percaya akan kejahatan manusia dan betapa ganasnya mereka. Tetapi saya tidak percaya dan tidak takut kepada orang halus atau lain-lain makhluk ghaib.

"Saya juga tidak percaya ada cara untuk jadi kebal dari tikaman dan peluru," katanya.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata, kepercayaan dan ketakutan masyarakat Melayu terhadap makhluk ghaib dan halus itu menyebabkan ramai berusaha untuk melindungi tempat kerja dan sebagainya.

Katanya, kepercayaan itu juga telah menyebabkan individu tersebut sering mengadakan acara yang di campur aduk dengan agama yang kononnya boleh melindungi mereka.

"Di masa-masa yang lampau ini kita dapati ramai yang berusaha untuk melindungi pejabat dan hospital kerajaan dari hantu dan orang halus.

"Acara ini termasuklah menanam telur, menyimbah air dan membaca doa-doa tertentu yang telah dikenal pasti oleh bomoh-bomoh. Ada juga yang menanam botol air di sudut-sudut tertentu bangunan berkenaan," ujarnya.

Sementara itu, Dr Mahathir turut meminta penjelasan daripada golongan agama mengenai perkara tersebut.

"Saya ingin tahu dari ulama-ulama akan kebenaran adanya hantu dan orang halus ini. Dari mana mereka datang. Apakah kedudukan mereka dalam agama Islam.

"Jika kita percaya mereka berkuasa dan kita perlu layan mereka jika ingin selamat, apakah tidak kita menyekutukan Allah SWT atau memberi kuasa kepada yang lain dari Allah yang kita sembah?," soalnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain