suria

Pekerja Bangladesh Dipenjara Sehari Kerana Cuba Rasuah Penguatkuasa

JOHOR BAHARU: Gara-gara cuba memberi rasuah untuk mengelak (pemilik) premis tempatnya bekerja dikenakan tindakan, seorang pekerja pusat mencuci kenderaan warga Bangladesh terpaksa merengkok sehari dalam penjara dan didenda RM10,000.

Shiplu, 23, dituduh melakukan perbuatan itu kepada anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di premis mencuci kenderaan di Taman Sri Tebrau di sini.

Dia mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di Mahkamah Sesyen di sini, Isnin di hadapan Mohamad Haldar Abdul Aziz.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan itu kira-kira jam 11.30 pagi 24 Oktober lalu dengan cuba memberi suapan sebanyak RM500 kepada Pembantu Penguatkuasa MBJB, Mohd Faiz Alimon sebagai dorongan tidak mengambil tindakan ke atas premis mencuci kenderaan itu yang beroperasi tanpa lesen perniagaan yang sah.

Dia didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain