The Heat Berusaha Batalkan Penggantungan - Semasa | mStar

The Heat Berusaha Batalkan Penggantungan

Akhbar The Heat digantung kerana tidak menepati syarat ditetapkan KDN.
Akhbar The Heat digantung kerana tidak menepati syarat ditetapkan KDN.

PETALING JAYA: Akhbar mingguan yang baru sahaja digantung, The Heat sedang berusaha agar penggantungan ke atas akhbar berkenaan dibatalkan dengan memberikan kerjasama penuh dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN), menurut portal milik syarikat berkenaan, The Ant Daily pada Isnin.

The Heat telah membalas dua surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh KDN bertarikh 27 November dan 2 Disember, dalam tempoh 14 hari yang ditetapkan, menurut The Ant Daily.

KDN menggantung permit The Heat kerana mendakwa akhbar tersebut telah melanggar syarat yang terkandung dalam permit penerbitan dan edisi akhbar berkenaan pada 21 Disember telah dihentikan.

Jurucakap KDN kemudian berkata, arahan tersebut dikeluarkan bukannya reaksi ekoran laporan muka depan akhbar berkenaan mengenai artikel 'perbelanjaan tidak berhemah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor' yang disiarkan bulan lalu seperti yang didakwa menjadi punca sebelum ini.

Semasa ia diluluskan pada 8 Julai, The Heat didaftar sebagai penerbitan di bawah kategori 'Ekonomi/Sosial' namun syarikat terebut telah memohon untuk mendaftarkan semula akhbar berkenaan di bawah kategori 'Hal Ehwal Semasa'.

Kelulusan bagi pertukaran tersebut telah pun diberikan pada 18 September, menurut The Ant Daily.

Pengarang akhbar berkenaan juga telah bertemu dengan wakil KDN dan pihak mereka memberi jaminan bahawa rayuan The Heat akan diperhalusi dengan teliti.

Penggantungan akhbar mingguan dikecam oleh persatuan wartawan seperti Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) dan Centre for Independent Journalism (CIJ) yang menentang kumpulan yang tidak mengamalkan prinsip demokratik.

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain