suria

Letupan Mercun Gegar Penduduk Di Kampung Kebun

TUMPAT: Penduduk Kampung Kebun, Pengkalan Kubor, di sini, telah digegarkan dengan letupan mercun selama 10 minit daripada sebuah lori di kawasan simpanan milik Jabatan Kastam.

Insiden pada pukul 1.10 tengahari itu menyebabkan kecederaan kepada dua wanita dan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang cuba melarikan diri untuk menyelamatkan diri.

Gegaran letupan dirasai sejauh ima kilometer.

Tempat penyimpanan barang yang disita itu terletak kira-kira 10 meter dari rumah penduduk.

Nurul Izzah Yaacob,24, yang hamil berkata beliau berehat di tingkat satu rumahnya apabila digegarkan oleh letupan.

"Selepas itu, letupan kedengaran lebih kuat dan saya memaklumkan suami saya yang berada di bilik untuk menyelamatkan diri.

"Saya bernasib baik kerana tidak cedera parah yang boleh menjejaskan kehamilan saya," kata Nurul Izzah.

Seorang lagi penduduk, Che Asiah Mohamed, 59, berkata pada mulanya letupan berbunyi seperti yang mercun tetapi menjadi lebih kuat.

"Saya berlari untuk menyelamatkan diri dan jatuh ke bawah tangga. Kaki kanan saya cedera yang telah bengkak," katanya.

Pengarah Kastam Negeri Datuk Azis Yacub, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu tetapi enggan mengulas lanjut. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain