suria

Letupan Di Danok: Polis Perketat Kawalan Keselamatan Di Sempadan

Mohd Bakri
Mohd Bakri
Mohd Bakri

KUALA LUMPUR: Polis mengetatkan kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thai ekoran empat serangan bom di Danok yang terletak kira-kira 1km dari Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin di Bukit Kayu Hitam, Ahad.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin bagaimanapun memberi jaminan bahawa rakyat Malaysia yang tinggal berhampiran sempadan akan berada di bawah kawalan polis.

"Berikutan kejadian pengeboman di Padang Besar, Danok dan Dadao, polis sedang memantau perkembangan dan telah mengambil langkah berjaga-jaga, termasuk mengetatkan keselamatan di kawasan sempadan kita.

"Orang ramai tidak perlu bimbang tetapi saya menasihati orang-orang yang mempunyai urusan di kawasan itu untuk lebih berhati-hati," kata Mohd Bakri dalam satu kenyataan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain