suria

Khalid Atan Kekal Presiden MTUC

Khalid Atan
Khalid Atan
Khalid Atan

KUALA LUMPUR: Penyandang jawatan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Mohd Khalid Atan mengekalkan jawatannya pada persidangan perwakilan yang diadakan tiga tahun sekali, Ahad.

Jawatan timbalan telah dimenangi oleh Abdullah Sani Abdul Hamid.

Mohd Khalid menerima 297 undi untuk menewaskan penyandang Setiausaha Agung Abdul Halim Mansor yang memperoleh 173 undi.

Persaingan untuk jawatan timbalan presiden menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Abdullah Sani, yang juga Ahli Parlimen Kuala Langat (PKR), yang mendapat 213 undi.

Pada tahun 2010, Abdullah Sani gagal dalam cubaannya untuk menjadi Setiausaha Agung MTUC.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain