suria

Kereta Dilapor Hilang, Ditemui Terbakar Di Balai Polis

KUALA LUMPUR: Sebuah kereta jenis Perodua Kancil, yang yang ditemui polis selepas dilaporkan hilang, terbakar dalam kejadian pada kira-kira 7 pagi tadi di Balai Polis Salak Selatan, Cheras.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh berkata kejadian itu disedari seorang anggota yang bertugas di balai berkenaan. "Kereta itu diletakkan di kawasan lapang di pekarangan balai berkenaan bersama kereta-kereta lain yang dilaporkan hilang... kejadian kebakaran itu telah menyebabkan kereta itu hangus sebahagiannya.

"Hasil siasatan setakat ini mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian itu," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata siasatan berhubung punca kejadian masih diteruskan.

"Kes disiasat mengikut Kertas Enkuiri Polis iaitu 'Fire Report' dan punca kebakaran masih belum dapat dipastikan lagi," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain