Danok Tenang Namun Polis Masih Kawal Kawasan Letupan - Semasa | mStar

Danok Tenang Namun Polis Masih Kawal Kawasan Letupan

Anggota keselamatan mengawal di lokasi kawasan pengeboman di Danok, Thailand.
Anggota keselamatan mengawal di lokasi kawasan pengeboman di Danok, Thailand.

DANOK: Kawasan letupan bom di Hotel Oliver, Pekan Danok masih dikawal rapi oleh polis Thailand, walaupun kawasannya kembali tenang dan pulih seolah-olah tiada sebarang kejadian buruk berlaku sebelum ini.

Tinjaun Bernama mendapati premis peniagaan di kawasan berdekatan letupan beroperasi seperti biasa.

Gabenor Songkhla, Girisada Booncharn dijangka melawat tempat kejadian tengah pada Isnin.

Lima letupan pada pagi dan petang Ahad di Padang Besar, Danok dan Sadao mengorbankan dua orang rakyat Thai sementara 25 lagi cedera.

Tiada rakyat Malaysia yang dilapor terkorban.

Seorang peniaga kedai makan di Pekan Danok, Adul Halim Mahmud, 51, berkata kejadian itu yang pertama kali berlaku di Pekan Danok amat memeranjatkan penduduk.

Beliau berkata sepanjang 30 tahun beliau tinggal di Pekan Danok, inilah kejadian pengeboman pertama berlaku yang mempunyai motif tertentu.

"Kejadian ini mungkin memberi kesan terhadap kedatangan pelancong asing khususnya daripada Malaysia ke selatan Thai," katanya.

Adul Halim yakin keadaan terkawal dijangka pulih dalam masa beberapa hari lagi. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Danok Dijangka Pulih Seminggu Lagi

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain