suria

Danok Dijangka Pulih Seminggu Lagi

DANOK: Suasana di Danok sekarang lengang selepas insiden letupan bom pada Ahad dan dijangka pulih seminggu lagi, kata Yang Dipertua Daerah Sumnukhan, Kecha Bajakarn.

Beliau berkata, kejadian letupan tersebut memberi impak besar terhadap pekan Danok yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia membeli-belah pada hujung minggu.

Bagaimanapun perniagaan di pekan Sadao kira-kira lima kilometer dari pekan Danok tidak terjejas sangat dengan insiden tersebut, katanya.

"Saya harap rakyat Malaysia tidak takut datang ke sini kerana pihak berkuasa Thai telah mempertingkatkan kawalan keselamatan termasuk kenderaan-kenderaan yang kelihatan mencurigakan akan terus diperiksa," katanya kepada media selepas melawat lokasi letupan di Hotel Holiwer di sini, Isnin.

Dalam lima letupan bom di Padang Besar, Pekan Danok dan Sadao semalam, dua orang terbunuh manakala 25 lagi cedera.

Menurut Kecha, kebayakaan yang cedera adalah peniaga dan mereka telah di masukkan di hospital Sadao.

Katanya, kerajaan akan nenunggu laporan lengkap kejadian dan mangsa yang cedera dan keluarga mangsa yang terbunuh akan diberi bantuan dalam bentuk sagu hati yang sewajarnya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain