suria

Speaker MCA Tolak Usul Bahas Resolusi Tidak Terima Jawatan Kabinet

KUALA LUMPUR: Speaker MCA, Datuk Yik Phooi Hong pada Ahad menolak usul yang cuba dibawa beberapa perwakilan ke Perhimpunan Agung MCA untuk membangkitkan resolusi untuk tidak menerima sebarang jawatan dalam kerajaan.

Yik menolak usul yang dikemukakan antaranya oleh Tan Sri Lee Kim Yew, perwakilan dari Parit Sulong, untuk membentangkan usul itu dengan alasan ia tidak mematuhi artikel mesyuarat yang ditetapkan perlembagaan parti itu.

Artikel mesyuarat 37.3 perlembagaan parti menggariskan sesuatu usul yang telah diputuskan melalui mesyuarat agung luar biasa (EGM) memerlukan kehadiran 100 peratus atau 2,385 perwakilan pada perhimpunan itu.

"Bagaimanapun, hanya 1,258 perwakilan atau kira-kira 55 peratus yang hadir hari ini. Ini tidak mencukupi syarat peraturan mesyuarat untuk membahas usul ini," katanya pada perhimpunan Agung MCA ke-60 di Wisma MCA, Ahad.

Sehubungan itu, Yik berkata resolusi itu hanya boleh dibahas semula dalam EGM baharu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain