suria

Pasukan Petugas Khas Siasat 'Himpunan Guling Kerajaan'

PETALING JAYA: Satu pasukan petugas khas telah ditubuhkan untuk menyiasat posting di Facebook yang didakwa menghasut orang ramai untuk berhimpun pada malam sambutan Tahun Baru dan 'mahu menggulingkan kerajaan'.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah berkata laporan polis telah dibuat terhadap posting untuk menggunakan senjata terhadap polis semasa malam sambutan Tahun Baru di Dataran Merdeka.

"Kami telah mengesan IP pengguna Facebook yang menghantar mesej ini.

"Kami sedang menyiasat kes ini di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma)," kata Hadi.

Beliau menambah mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar awal minggu ini berkata perhimpunan yang dicadangkan itu, yang dikenali sebagai "Himpunan Guling Kerajaan" adalah satu ancaman kepada keselamatan negara.

Beliau berkata polis telah mengambil langkah-langkah untuk menghentikan perhimpunan itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain