suria

Najib Ucap Tahniah Kepada Kontinjen Suka SEA Malaysia

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada kontinjen negara yang melepasi sasaran 40 emas pada temasya Sukan SEA di Myanmar.

"Sasaran 40 pingat emas tercapai. Syabas atlet Malaysia atas usaha bersungguh-sungguh mengharumkan nama Malaysia," katanya dalam catatan laman Twitter beliau.

Temasya Sukan SEA melabuhkan tirainya hari ini selepas bermula secara rasmi pada 4 Disember lepas.

Kontinjen negara mengutip 43 emas, 38 perak dan 77 gangsa, mengatasi sasaran 40 emas yang diletakkan oleh Majlis Sukan Negara. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain