suria

Jangan Rasional Subsidi Hanya Manfaatkan Perniagaan Besar - Ku Li

Tengku Razaleigh.
Tengku Razaleigh.
Tengku Razaleigh.

KUALA LUMPUR: Langkah kerajaan untuk merasionalkan subsidi adalah baik tetapi ia tidak seharusnya hanya memanfatkan perniagaan besar, kata bekas Menteri Kewangan, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah.

"Ia sepatutnya sudah lama kerajaan merasionalkan subsidi tetapi mereka perlu selektif.

"Subsidi memberi manfaat kepada industri mesti dikeluarkan dahulu. Pengguna tidak boleh dibebani kesannya," katanya pada sidang media selepas melancarkan Mesyuarat Agung Tahunan Perkasa ke-4 pada Ahad.

Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, kerajaan telah mengambil pelbagai inisiatif bagi membantu rakyat untuk menampung kos sara hidup yang tinggi tetapi ia juga perlu mengambil kira kawalan amalan perdagangan yang terlalu monopoli.

"Kedudukan monopoli itu menyaksikan segelintir pihak membebankan rakyat.

"Ada kalanya, hal subsidi tidak mencapai kumpulan sasaran," kata Tengku Razaleigh.

Dalam ucapannya, beliau berkata, mentaliti subsidi di kalangan masyarakat Melayu dan Bumiputera perlu dikurangkan secara berperingkat untuk memastikan bahawa kumpulan itu boleh bersaing dalam dunia global.

Bagaimanapun, beliau turut melahirkan kebimbangan bahawa penglibatan orang Melayu dan Bumiputera dalam sektor korporat semakin berkurangan dengan ketara.

"Malah syarikat-syarikat dan industri yang ditubuhkan oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda ), yang mengembangkan perdagangan mereka dengan ketara, tidak ditadbir oleh orang Melayu dan Bumiputera," katanya.

Beliau juga menggesa ahli-ahli Perkasa mengambil pendekatan yang berbeza dalam memperjuangkan hak-hak mereka yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan untuk mengelakkan imej negatif.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain