AirAsia X Rancang Ke Eropah Pada 2016 - Semasa | mStar

AirAsia X Rancang Ke Eropah Pada 2016

Tony Fernandes.
Tony Fernandes.

PARIS: AirAsia X, syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh sekutu AirAsia Group, merancang untuk ke Eropah pada 2016.

Pengasas bersama dan Pengarah, Tan Sri Tony Fernandes berkata, syarikat penerbangan itu juga meninjau kemungkinan untuk mengadakan penerbangan ke Amerika Syarikat apabila menerima pesawat yang baru ditempah, pesawat A330-300 pada 2015.

"Margin kecil bagi laluan ini tetapi kami melakukannya untuk jangka panjang," kata Fernandes kepada wartawan Malaysia di luar majlis pemeteraian perjanjian antara AirAsia X dan Airbus baru-baru ini bagi penempahan 25 lagi pesawat A330-300.

Tempahan bernilai AS$6 bilion ini merupakan perjanjian tempahan terbesar oleh sebuah syarikat penerbangan bagi pesawat A330-300.

Fernandes berkata, AirAsia X menyasar untuk menjadi "Emirates Asia Tenggara", dengan mengadakan penerbangan ke destinasi baharu dan memasuki pasaran baharu seperti Mongolia, dengan 57 pesawat yang ditempah secara keseluruhannya pada 2019.

Syarikat penerbangan telah membawa lebih sembilan juta penumpang sejak memulakan operasi pada 2007, ke 18 destinasi di seluruh Asia, Australia dan Timur Tengah.

AirAsia X akan memanfaatkan pertumbuhan positif dalam industri penerbangan disebabkan permintaan yang semakin meningkat bagi perjalanan udara serta pertumbuhan ekonomi yang positif, kata beliau dan menambah bahawa prospek industri penerbangan dilihat positif.

"Pembukaan KLIA2, terminal tambang rendah yang baharu, tahun depan akan memberi rangsangan yang besar kepada industri," katanya.

Beliau berkata, terdapat peluang yang hebat bagi Malaysia untuk menjadi seperti Dubai, yang terkenal sebagai hab penerbangan utama, dengan sokongan daripada kerjaaan dan pihak berkuasa lapangan terbang. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain

Hasrat tunai umrah lebur ditipu 'ustaz'