suria

Mayat Wanita Ditemui Terdampar Di Pantai

KUANTAN: Mayat seorang wanita yang dipercayai mati lemas ditemui terdampar di Pantai Bernas dekat Kompleks Rakan Muda, Rompin tengah hari Jumaat.

Menurut Ketua Polis Daerah Rompin DSP Johari Jahaya, mayat ditemui orang awam dengan berseluar panjang dan baju dalam.

Identiti mangsa belum dikenal pasti dan mangsa dipercayai warga asing berusia lingkungan 40-an, katanya.

Beliau berkata juga terdapat kesan lebam pada badan mangsa. - BERNAMA

Artikel Lain