suria

Mangsa Culik Selamat Tiba Di Taiwan

Chang gembira dapat pulang ke negaranya dengan selamat.
Chang gembira dapat pulang ke negaranya dengan selamat.
Chang gembira dapat pulang ke negaranya dengan selamat.

TAIPEI: Chang An Wei yang berjaya diselamatkan daripada tawanan penculik di selatan Filipina tiba di negaranya pada pukul 1.16 petang Sabtu, selepas 35 hari diculik.

Wanita berusia 58 tahun itu tersenyum dan melambai ke arah pemberita yang menunggunya di lapangan terbang.

Dia memasuki sebuah van khas dan meninggalkan lapangan terbang dengan beberapa pegawai dari Kementerian Hal Ehwal Luar Taiwan.

Di dalam van tersebut, dia menunjukkan isyarat bagus kepada pemberita.

Difahamkan dia ditemani oleh abang sulungnya, Chang Da Gong sepanjang perjalanan dari Manila.

Kakak dan ibu Chang berada di lapangan terbang untuk menyambut ketibaannya.

Polis Taiwan akan mengadakan sidang media pada pukul 3 petang Sabtu untuk memberikan maklumat lanjut mengenai usaha menyelamatkan Chang.

Artikel Lain