suria

Liow, Dr Wee Ucap Terima Kasih Kepada Penyokong, Azam Transformasi Dalam MCA

Dari kiri: Chew, Chua, Dr Wee, Liow, Lee dan Dr Hou meraikan kemenangan mereka pada pemilihan MCA. Foto RAYMOND OOI/ The Star
Dari kiri: Chew, Chua, Dr Wee, Liow, Lee dan Dr Hou meraikan kemenangan mereka pada pemilihan MCA. Foto RAYMOND OOI/ The Star
Dari kiri: Chew, Chua, Dr Wee, Liow, Lee dan Dr Hou meraikan kemenangan mereka pada pemilihan MCA. Foto RAYMOND OOI/ The Star

KUALA LUMPUR: Presiden MCA yang baharu Datuk Seri Liow Tiong Lai dan timbalannya Datuk Dr Wee Ka Siong mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyokong-penyokong yang memberi kepercayaan kepada mereka untuk mengemudi parti.

Liow berkata dengan kemenangannya pada Sabtu, beliau bersama-sama pimpinan MCA akan berusaha membawa MCA ke hadapan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Terima kasih kepada semua perwakilan yang menyokong saya untuk menjawat jawatan Persiden MCA.

"Saya juga hendak mengucapkan tahniah kepada Datuk Wee Ka Siong yang menang timbalan presiden dan semua calon yang menang pada pemilihan kali ini," katanya pada sidang media selepas pengumuman keputusan rasmi pemilihan MCA dibuat, lewat petang Sabtu, di sini.

Dalam pertandingan tiga penjuru, Liow mendapat 1,186 undi menewaskan Gan Ping Sieu (1,000) dan Datuk Seri Ong Tee Keat (160).

Dr Wee pada sidang media yang sama turut merakamkan penghargaan kepada perwakilan yang memberi mandat kepadanya.

Beliau mendapat 1,408 undi mengalahkan pencabar Datuk Donald Lim Siang Chai yang mendapat 927 undi.

"Saya menghormati calon yang bertanding sama saya yang menunjukkan sikap profesional sepanjang berkempen...seorang veteran yang disegani dan kami tidak bertengkar dan tidak ada serangan peribadi langsung," katanya.

Dr Wee berkata beliau berazam untuk meraih sokongan pengundi muda yang berusia 17 dan 18 tahun dalam usaha mentransformasikan parti itu.

"Apabjla menjadi pengundi mereka merupakan orang baru yang belum mendapatkan pendedahan secukupnya dan kita risau mereka akan terikut dakyah pembangkang...jadi kita perlu sasarkan golongan remaja sebagai sasaran kita," katanya.

Bagi jawatan naib presiden, empat orang berjaya menduduki kerusi tersebut iaitu Datuk Chua Tee Yong (1,343), Dr Hou Kok Chong (1,475), Datuk Lee Chee Leong (1,642) dan Datin Paduka Chew Mei Fun (1,230).

Artikel Lain