suria

Ketua Wanita PKR Selar Guan Eng Isu Nenek Rasis

BUTTERWORTH: Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zuraida Kamarudin menyelar tindakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang melabel Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Jahara Hamid sebagai seorang nenek rasis.

Zuraida berkata perkataan tersebut tidak patut dikeluarkan dari seorang Ketua Menteri kerana ini adalah perbuatan "sexism".

"Guan Eng beremosi ketika berucap sehingga terkeluar gelaran berkenaan. Lelaki perlu faham isu gender merupakan perkara sensitif. Kita tidak pernah bagi gelaran datuk kepada pemimpin lelaki," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Wanita PKR negeri di sini, Sabtu.

Beliau berkata secara dasarnya perkara itu tidak seharusnya berlaku dan beliau tidak bersetuju dengan tindakan Guan Eng.

Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang meminta Guan Eng supaya lebih berhati-hati sebelum mengeluarkan kenyataan pada masa depan.

Guan Eng menggelarkan Jahara sebagai 'nenek rasis' bila beliau dikatakan cuba membangkitkan isu perkauman apabila mendakwa kerajaan DAP Pulau Pinang hanya mengambil tindakan terhadap peniaga Melayu. - BERNAMA

Artikel Lain