KDN Gantung Lesen Akhbar Mingguan The Heat - Semasa | mStar

KDN Gantung Lesen Akhbar Mingguan The Heat

Artikel muka depan bertajuk 'Semua mata tertumpu kepada perbelanjaan besar, PM Najib dan isterinya, Rosmah' dikatakan menjadi punca lesen akhbar The Heat digantung oleh KDN.
Artikel muka depan bertajuk 'Semua mata tertumpu kepada perbelanjaan besar, PM Najib dan isterinya, Rosmah' dikatakan menjadi punca lesen akhbar The Heat digantung oleh KDN.

PETALING JAYA: Akhbar mingguan The Heat telah digantung untuk satu tempoh yang tidak pasti oleh Kementerian Dalam Negeri.

Penggantungan tersebut dipercayai berhubung penyiaran artikel muka depan mengenai perbelanjaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun RAzak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Penggantungan itu disahkan oleh portal milik syarikat tersebut, The Ant Daily yang turut dipaparkan di laman webnya, mengumumkan bahawa The Heat telah menghentikan penerbitannya kerana mematuhi arahan pemberhentian yang dikehendaki oleh KDN.

Portal tersebut turut mengesahkan dengan penggantungan itu, akhbar mingguan tersebut tidak akan diterbitkan pada 21 Disember seperti yang dijadualkan.

"Kami akan memaklumkan kepada pembaca, pelanggan dan pengiklan mengenai perkembangan lanjut melalui laman web ini dan lain-lain saluran.

"Pelanggan akan diberi ganti rugi yang sewajarnya, melalui lanjutan tempoh langganan secara automatik," katanya.

Akhbar mingguan tersebut memfokuskan kepada isu politik, ekonomi, dan sosial, dilaporkan menerima surat tunjuk sebab minggu lalu.

Walaupun dalam surat tunjuk sebab berkenaan tidak menyatakan secara spesifik mengenai sebarang artikel yang disiarkan, ia dipercayai berhubung laporan artikel yang bertajuk 'Semua mata tertumpu kepada perbelanjaan besar oleh PM Najib' yang disiarkan pada edisi yang dikeluarkan pada, 23 hingga 29 November.

Mereka juga diberikan tempoh 14 hari untuk menjawab surat tunjuk sebab berkenaan.

Cubaan untuk mendapatkan komen daripada Ketua Pengarang The Heat David Lee Boon Siew bagaiamanapun tidak berjaya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain