suria

Jabatan Pendidikan Johor Baik Pulih Sekolah Rosak Akibat Banjir

JOHOR BARU: Jabatan Pendidikan Johor sedang membaik pulih lebih 15 buah sekolah yang rosak akibat banjir awal bulan ini.

Pengarah Pendidikan Negeri, Mohd Nor A Ghani berkata kerja-kerja pemulihan melibatkan kos keseluruhan hampir RM200,000 dan dijangka siap sebelum sesi persekolahan 2014 bermula.

Namun secara umum kerosakan yang dialami adalah kecil, katanya kepada pemberita pada majlis sumbangan beg sekolah dan peralatan menulis oleh Johor Corporation (JCorp) di sini Jumaat.

Sebanyak 1,500 beg sekolah dan alat tulis disumbangkan kepada pelajar dari 10 daerah.

Sementara itu Mohd Nor berkata sesi persekolahan penggal pertama di Johor akan bermula seperti negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

171 Pati Ditahan di Tawau

Artikel Lain