suria

Tiada Kenaikan Tol di LSA Tahun Depan

KUALA LUMPUR: KESAS Sdn Bhd pada Khamis mengumumkan kadar tol tidak akan dinaikkan bagi Lebuh Raya Shah Alam (LSA) tahun depan.

KESAS dalam satu kenyataan berkata LSA tidak disenaraikan sebagai satu daripada lebuh raya di mana caj tol akan dinaikkan.

"Sebagai pemegang konsesi LSA, kami menolak sebarang kenyataan serta laporan yang disiarkan atau dihebahkan berhubung isu ini," kata syarikat itu.

Ura-ura mengenai kemungkinan kenaikan kadar tol timbul selepas Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof berkata ia akan disemak semula tahun depan bagi mematuhi perjanjian antara kerajaan dan pemegang konsesi. Satu laporan akhbar baru-baru ini melaporkan bahawa tol dijangka meningkat antara 30 sen dan RM1 bagi 13 lebuh raya. -BERNAMA

Artikel Lain