suria

Rancang Perjalanan Untuk Krismas & Percutian Akhir Tahun Melalui TTA - PLUS

KUALA LUMPUR: Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS)meminta orang ramai merancang perjalanan mereka pada Krismas dan percutian akhir tahun berdasarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkannya.

Ketua Komunikasi Korporat PLUS Mohd Nizam Ismail berkata PLUS menjangka kenderaan yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan akan meningkat sebanyak 20 peratus iaitu 1.5 juta kenderaan sehari menjelang musim perayaan Krismas dan akhir tahun berbanding hari biasa iaitu 1.2 juta kenderaan.

"Kami menjangka penduduk Lembah Klang mula bergerak keluar pada 20 hingga 28 Dis akan datang. Berdasarkan jadual TTA, kami menasihati orang ramai yang menuju ke Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Johor supaya memasuki Lebuhraya Utara-Selatan antara 6 pagi hingga 10 pagi," katanya.

Beliau berkata PLUS juga meminta pengguna yang menuju ke destinasi lain seperti Taiping, Kuala Kangsar, Gerik, Jasin dan Bandaraya Melaka supaya memasuki lebuh raya antara 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh menghubungi PLUSLine di talian 1800-88-0000 -BERNAMA

Artikel Lain