suria

Proses Pemilihan Sayap Pemuda MCA Bermula

KUALA LUMPUR: Proses pemilihan Pergerakan Pemuda MCA kebangsaan bermula pagi Khamis dengan para perwakilan membuat pengundian untuk barisan kepimpinan baharu.

Mereka mula mengundi sebelum tengah hari untuk memilih jawatan ketua Pemuda, timbalan ketua, empat naib pengerusi (tiga daripada kategori terbuka dan satu daripada kategori wanita), 12 anggota jawatankuasa pusat (CC) (40 tahun ke bawah) dan lima anggota CC (30 tahun ke bawah) serta lapan anggota CC (kategori wanita).

Pemilihan untuk sayap Pemuda menyaksikan 69 calon merebut 34 jawatan.

Jawatan ketua Pemuda menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Ketua Biro Pendidikan MCA Chong Sin Woon dan Ketua Pemuda Bahagian Batu Datuk Goh Gaik Meng.

Sejumkah 1,515 atau 77.1 peratus daripada 1,966 anggota perwakilan yang layak mengundi, mendaftar untuk membuat pemilihan, di sini Khamis.

Keputusan dijangka diumumkan paling lewat dalam pukul 7 malam.

Mereka yang dipilih akan menghadiri perhimpunan agung tahunan parti yang dijadual berlangsung pada 22 Disember di ibu pejabat MCA di sini. - BERNAMA

Artikel Lain