suria

Peniaga Disamun, Rugi Wang Tunai, Barangan Kemas & MPV

MARAN: Selain wang tunai berjumlah RM10,000 dan barangan kemas, seorang pemilik kedai runcit di Kampung Baru Jara, Sungai Gerik dekat sini turut kehilangan kenderaan pelbagai guna dalam kejadian samun awal pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Maran DSP Sulaiman A. Hamid berkata dalam kejadian 4.30 pagi itu, rumah mangsa disamun lima lelaki bersenjatakan parang.

"Ketika kejadian, mangsa dan isteri serta dua anak mereka sedang tidur apabila si bapa dikejutkan oleh lima penyamun yang mengacukan parang ke arahnya," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Katanya suspek kemudian mengikat mangsa sekeluarga sebelum menggeledah rumah dan melarikan wang tunai, barang kemas dan kenderaan pelbagai guna terbabit.

Beliau berkata polis percaya penjenayah ialah warga asing dan mereka memasuki rumah mangsa melalui pintu belakang rumah kedai itu selepas memotong jeriji besi. -BERNAMA

Artikel Lain