Anggota Imigresen Juga Terlibat Sindiket Dadah Antarabangsa - Polis

KUALA LUMPUR: Polis tidak menolak kemungkinan anggota Jabatan Imigresen dan Kastam Diraja Malaysia terlibat dalam sindiket penyeludupan dadah antarabangsa menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sumber polis berkata mereka antara lain berperanan sebagai dalang dengan membenarkan keldai dadah warga asing memasuki negara tanpa pemeriksaan rapi di bahagian masing-masing.

"Bukan sahaja bagasi mengandungi dadah dapat dibolosi malah individu yang membawa dadah itu juga terlepas daripada pemeriksaan pihak berkenaan. "Jadi, kita lihat ini adalah satu rangkaian sindiket dadah yang besar menggunakan agensi penguat kuasa untuk meloloskan dadah ke dalam negara," katanya kepada Bernama di sini, Khamis.

Beliau diminta mengulas perkembangan kes penangkapan 11 lelaki termasuk empat pegawai kanan dan pegawai penguat kuasa Kastam dalam beberapa serbuan di ibu negara dan Negeri Sembilan pada 14 dan 16 Dis lepas, yang melibatkan rampasan dadah bernilai RM14 juta.

Dalam rampasan itu, polis turut menemui sepucuk pistol jenis CZ bersama magazin serta 30 butir peluru.

Menurut sumber itu pistol itu dipercayai mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim di Putrajaya pada 26 April lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika dihubungi Bernama bagaimanapun berkata pihaknya belum dapat memastikan kaitan senjata api itu dengan pembunuhan itu.

"Jangan spekulasi perkara ini kerana ia masih dalam siasatan," katanya. Difahamkan senjata api itu dihantar ke Jabatan Kimia untuk ujian balistik. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Klik

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Artikel Lain