suria

Semua Mangsa Banjir Yang Masih Tinggal di Pahang Dibenar Pulang

KUANTAN: Keadaan banjir di Pahang pulih sepenuhnya apabila kesemua 59 mangsa daripada 16 keluarga yang sebelum ini berada di empat pusat pemindahan di Pekan dan Maran dibenar pulang.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, mereka dibenarkan pulang kira-kira 3.30 petang Rabu.

Pagi tadi, seramai 41 mangsa daripada 10 keluarga masih berada di tiga pusat pemindahan di Pekan sementara di Maran, seramai 18 orang daripada enam keluarga berada di satu pusat pemindahan.

Lebih 40,000 penduduk dari sembilan daerah di Rompin, Kuantan, Pekan, Maran, Jerantut, Temeroh, Lipis, Raub dan Bera terpaksa berpindah apabila banjir mula melanda 2 Disember lalu.

Banjir di Pahang turut meragut tiga nyawa. -BERNAMA

Artikel Berikut

1,073 Mangsa Banjir Di Pahang

Artikel Lain