suria

Pengawal Keselamatan Terlepas Tembakan

BALIK PULAU: Seorang pengawal keselamatan ditahan selepas dia melepaskan tembakan secara tidak sengaja daripada 'pump gun'nya di luar kedai pajak gadai di Bayan Baru di sini.

Tiada kecederaan dilaporkan apabila peluru itu mengenai meter air dan penapis air dalam kejadian yang berlaku pada pukul 9.30 pagi.

Difahamkan pengawal keselamatan yang berusia 58 tahun itu sedang mengeluarkan pelurunya sebelum dia dengan secara tidak sengaja melepaskan tembakan.

Polis merampas senjata 'pump gun' berkenaan.

Ketua Polis Daerah Balik Pulau, Supt Lai Fah Hin berkata, pengawal keselamatan itu sudah pun dibebaskan dengan jaminan polis.

Ia merupakan insiden kedua di Pulau Pinang pada bulan ini.

Pada 1 Disember lalu, seorang pengawal keselamatan ditahan kerana tidak sengaja melepaskan tembakan menerusi 'pump gun'nya di sebuah kedai tukang emas di Penang Road.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden pada pukul 11 pagi itu.

Artikel Berikut

1,073 Mangsa Banjir Di Pahang

Artikel Lain