suria

Pemuda Hilang Di Sungai Moyog Belum Ditemu

PENAMPANG: Seorang lelaki yang dikhuatiri maut setelah hilang apabila lori yang dinaikinya terjunam ke dalam Sungai Moyog di Kampung Baba awal, pagi Selasa, masih belum ditemui.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Penampang, Jamaludin Hussin berkata operasi mencari mangsa, Mohammad Hafiz Tussin, 20,turut disertai anggota polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), terpaksa ditangguhkan kira-kira pukul 5.30 petang.

"Kita akan meneruskan operasi mencari mangsa pada pukul 7 pagi esok," katanya ketika dihubungi di sini, Rabu.

Mohammad Hafiz yang berasal dari Kepayan Ridge dikatakan tidak pandai berenang hilang selepas lori seberat satu setengah tan yang dinaikinya terjunam ke dalam sungai dari atas jambatan setinggi 6.4 meter kira-kira pukul 3.30 pagi, semalam.

Bagaimanapun pemandu lori berkenaan yang dikenali sebagai Maxmelian Lim Chong Hen, 26, terselamat selepas berjaya keluar dan berenang ke tepi sungai. -BERNAMA

Artikel Berikut

1,073 Mangsa Banjir Di Pahang

Artikel Lain