suria

Najib Serah Pelantikan Kepada 24 Anggota Panel Bebas SPRM

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan surat pelantikan kepada 24 anggota tiga badan bebas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tiga panel bebas ini ialah Jawantankuasa Aduan, Panel Penilaian Operasi (PPO) dan Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) yang akan berfungsi sebagai mekanisme sekatan dan imbangan bagi memantau perjalanan SPRM.

Anggota Jawatankuasa Aduan terdiri daripada bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah Datuk Muhammad Mohd Nor, Datuk Wan Abdul Wahab Abdullah, Ravindran V.Muthu dan Datuk Amar Wilson Baya Dandot.

Amar Wilson merupakan anggota baharu Jawatankuasa Aduan yang dipengerusikan oleh Mohd Noor.

PPO pula terdiri daripada lapan anggota iaitu Tan Sri Dr. Hadenan Abdul Jalil sebagai pengerusi, Tan Sri Cecil Abraham, Datuk Dr Hamzah Kassim, Datuk Zamani Abdul Ghani, Datin Aminah Pit Abdul Rahman, Prof Dr Syed Noh Syed Ahmad, Nik Mohd Hasyudeen Yusoff and Walter Doss Sandosam.

Sementara PPPR dianggotai oleh Datuk Johan Jaaffar sebagai pengerusi, Tan Sri Dr Lim Kok Wing, Datuk Seri Azman Ujang, Datuk David Chua Kok Tee, Datuk Marimuthu Nadason, Datuk Dr Ishak Tambi Kechik, Datuk Prof Chin Yew Sin, Dr Zainal Abidin Abdul Majeed dan Syed Akbar Ali serta Datuk Zuraidah Atan dan Datin Wan Norhiyati Wan Ibrahim, kedua-duanya merupakan anggota baharu PPPR.

Pelantikan anggota Jawatankuasa Aduan adalah bagi tempoh 2012-2015 manakala PPO dan PPPR adalah masing-masing bagi tempoh 2013-2015.

Menurut kenyataan yang diedarkan kepada wartawan, Jawatankuasa Aduan, PPO dan PPR merupakan tiga daripada lima badan pemantau bebas yang diwujudkan bagi memastikan ketelusan dan akauntabiliti dalam keseluruhan perjalanan SPRM.

PPO dan PPPR diwujudkan secara pentadbiran manakala Jawatankuasa Aduan pula diwujudkan secara perundangan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Dua badan bebas lain ialah Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah dan Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah. -BERNAMA

Artikel Berikut

1,073 Mangsa Banjir Di Pahang

Artikel Lain