suria

Lelaki Nyaris Maut Kereta Terbakar di George Town

GEORGE TOWN: Seorang lelaki nyaris maut apabila kereta jenis Proton Perdana yang dipandunya secara tiba-tiba terbakar di tempat parkir kenderaan bertingkat di Lebuh Tek Soon, di sini, Rabu.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai Shamsudin Ahmad berkata sebaik sahaja pasukannya tiba di lokasi kejadian pada pukul 3.19 petang,sebahagian besar kereta itu telah musnah dijilat api.

"Ketika kejadian pemandunya baru masuk ke dalam ruang letak kenderaan tingkat empat sebelum melihat bahagian enjin depan keretanya mengeluarkan asap dan percikan api.

"Sejurus lelaki itu keluar dari keretanya, api marak dengan pantas memusnahkan lebih 70 peratus kenderaan itu," katanya ketika dihubungi.

Katanya enam anggota serta sebuah jentera berjaya mengawal api dari merebak dalam masa lima minit dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan. -BERNAMA

Artikel Berikut

1,073 Mangsa Banjir Di Pahang

Artikel Lain